Aktiviti Penyelenggaraan dan Penaiktarafan Sistem Perakam Waktu Kehadiran (eHadir) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Dimaklumkan bahawa Unit Bantuan IT, Mahkamah Kuala Lumpur sedang menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan penaiktarafan Sistem Perakam Waktu Kehadiran (eHadir) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari 15 Julai sehingga 30 September 2024. Sepanjang tempoh ini akan terdapat masalah teknikal berjudual dan tidak berjadual yang akan mengganggu operasi sistem eHadir yang digunakan sekarang dan eHadir yang baharu yang sedang diuji.
YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dimohon untuk merakamkan kehadiran (datang dan pulang) seperti biasa, kerana terminal perakam waktu akan tetap merakam dan menyimpan maklumat berkenaan sebelum dipindahkan ke pelayan (server) eHadir, walaupun maklumat tersebut tidak dicatatkan di dalam Sistem eHadir dalam kadar yang segera.
Untuk hebahan terkini, layari Intranet Mahkamah Kuala Lumpur di
sini (Talian MyGov*Net sahaja). Manakala, untuk bantuan sekiranya terdapat masalah ke atas akses sistem eHadir, sila log aduan di
sini.